KUALA LUMPUR: Malaysia mengalu-alukan pelaburan dari Bahrain dan bersedia memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam hantaran di platform X malam ini, Perdana Menteri berkata, kerjasama itu merangkumi bidang kesihatan, kewangan Islam, teknologi, pelancongan, keterjaminan makanan, kecerdasan buatan (AI), keselamatan siber dan pembuatan pintar.

Perkara itu antara yang dibincangkan dalam pertemuannya dengan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman bin Hamad Al Khalifa, yang melakukan kunjungan ke Malaysia sempena acara Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026.

"Malaysia mengalu-alukan pelaburan Bahrain, sementara syarikat Malaysia bersedia memanfaatkan Bahrain sebagai pintu masuk ke pasaran Majlis Kerjasama Teluk (GCC), demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.