PHILLIP ISLAND: Juara dunia tujuh kali, Marc Marquez mengakui perlumbaan hujung minggu ini bakal mengundang emosi apabila litar ikonik Phillip Island menjadi tuan rumah buat kali terakhir selepas hampir tiga dekad dalam kalendar MotoGP.
Litar indah yang sering dibadai angin itu, terletak kira-kira dua jam perjalanan dari Melbourne, menjadi sebahagian daripada kalendar sejak 1997 dan antara litar kegemaran pelumba kerana lokasinya di tepi laut serta susun atur yang mencabar.
Penganjur MotoGP Sports Entertainment mahu meluaskan daya tarikan kejuaraan itu dengan memindahkan perlumbaan ke Albert Park, Melbourne yang turut menjadi lokasi Grand Prix Formula Satu (F1) Australia.
Namun, kerajaan negeri Victoria bertegas perlumbaan itu perlu dikekalkan di Phillip Island.









