PETALING JAYA – Semua kawasan pemantauan di Lembah Klang merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat dengan bacaan tertinggi 155 setakat pukul 3 petang tadi.
Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Batu Muda, Kuala Lumpur dan Klang, Selangor masing-masing mencatatkan bacaan IPU 155.
Sementara itu, Petaling Jaya serta Johan Setia, Selangor pula merekodkan bacaan 154, diikuti Shah Alam (152), manakala Putrajaya dan Banting masing-masing mencatatkan 151.
Dalam pada itu, Nilai, Negeri Sembilan masih merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 163, diikuti Seremban dan Bukit Rambai, Melaka masing-masing pada paras 156.








