Kuala Lumpur: Kualiti udara di Lembah Klang termasuk Putrajaya berada pada tahap sederhana setakat 7.40 pagi ini, dengan sembilan stesen merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di bawah 100.

Berdasarkan data terkini daripada Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), stesen di Selangor iaitu Johan Setia mencatatkan bacaan 89, Klang (86), Shah Alam (81), Petaling Jaya (70), Kuala Selangor (69) dan Banting (69).

Sementara itu, di ibu kota, kawasan yang mencatatkan bacaan sederhana ialah Batu Muda (84) dan Cheras (82), manakala di Putrajaya (99).

Semalam, media melaporkan, semua sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Putrajaya ditutup, hari ini susulan dilanda jerebu.