New York: Api marak dengan pantas selepas kebakaran tercetus di pangkalan tentera Kanada, mengorbankan empat orang dan mencederakan puluhan lagi, semasa latihan tembak di kawasan pelancar bom tangan, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa), memetik tentera pada Khamis.

Kejadian yang berlaku pada Sabtu di Pangkalan Pasukan Kanada Wainwright di wilayah barat Alberta, menyebabkan 39 anggota tentera cedera, 13 daripadanya dalam keadaan kritikal.

Jurucakap tentera Vanessa Hanrahan memberitahu sidang akhbar, angin kencang telah menggalakkan api merebak dalam jarak tembakan, menurut rakaman video ucapannya.

Anggota bomba tidak dapat memasuki kawasan itu yang diklasifikasikan sebagai zon bahaya tertinggi, katanya.