PENGURUSAN kewangan negara yang berkesan bukan sekadar diukur menerusi jumlah hasil dikutip atau perbelanjaan dikurangkan, tetapi melalui keupayaan kerajaan menyeimbangkan pertumbuhan ekonomi, kemampanan fiskal dan kesejahteraan rakyat.

Inilah pendekatan diketengahkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam ucapannya sempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan pada Isnin lalu.

Ucapan beliau memperlihatkan pengukuhan kedudukan kewangan Malaysia sedang dilaksanakan melalui gabungan disiplin fiskal, reformasi institusi dan pengagihan kekayaan yang lebih adil.

Keupayaan pentadbiran Perdana Menteri paling jelas menerusi usaha mengurangkan defisit fiskal secara berperingkat.