SEKALI lagi negara dikejutkan dengan kes kematian seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat dipercayai dibunuh di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, Johor.

Polis masih menjalankan siasatan dan setakat ini tiga pelajar lelaki berusia 16 tahun dilaporkan ditahan bagi membantu siasatan dengan seorang dijangka direman.

Lagi sekali sekolah menjadi lokasi tragedi. Ia seperti mengulangi kes membabitkan pelajar perempuan berusia 16 tahun maut ditikam pelajar di tandas sekolah mereka dekat Bandar Utama, Petaling Jaya pada 14 Oktober 2025.

Apabila berlaku kes pelajar kehilangan nyawa di dalam kawasan sekolah, persoalan berbangkit kini ialah bagaimana tahap keselamatan sekolah di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan (KPM).