KETIKA Dimas membuat keputusan untuk menulis kematian misteri pekerja-pekerja hutan di Kalimantan, dia cukup faham tidak ada apa-apa yang berubah jika sebuah artikel bertajuk ‘jumlah hutan gondol lebih banyak, anak presiden ada kaitan’ seperti diinginkan editor.

Mungkin bagi Dimas, paling tidak, artikel itu hanya menimbulkan kemarahan khalayak kemudian masing-masing akan senyap atau disenyapkan. Tidak ada yang berubah. Satu-satunya cara untuk membuat orang gerun, ketar-ketir hingga membuat isu penebangan hutan haram semakin dicakapkan adalah dengan mengaitkannya dengan unsur misteri seperti kes kematian aneh yang menjadi pembuka kepada Ghost in The Cell.

Dimas selepas pulang dari hutan Kalimantan menjadi saksi pokok-pokok ditebang bersaiz lebih banyak berbanding yang dipersetujui Penertiban Kawasan Hutan. Tapi kematian satu demi satu nyawa pekerja hutan dengan cara penuh ‘estetik’ begitu mencurigakan, namun boleh dianggap sempurna untuk tuntutan media sosial melengkapi segala syarat sebuah pakej tular.