SEPANG: Tiada kelibat Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Kedua AKPS Tahun 2026 di sini, hari ini.

Ketidakhadiran pemimpin nombor satu AKPS itu menjadi tanda tanya di sebalik isu pendakwaan dihadapi di Mahkamah Majistret Sepang baru-baru ini.

Majlis itu juga berlangsung tanpa kehadiran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Bagaimanapun, setakat ini tiada maklumat lanjut berhubung sebab ketidakhadiran Ketua Pengarah AKPS dan Menteri Dalam Negeri pada majlis berkenaan.