Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Hussein Omar Khan berkata siasatan awal mendapati MT Global 168 dibeli April lalu untuk dijual semula selepas kerja penambahbaikan bagi meraih keuntungan. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Pengarah syarikat pemilik asal kapal tangki MT Global 168 antara dua warga tempatan ditahan di Johor Bahru Ahad lalu susulan rampasan 1.16 tan ketamin oleh pihak berkuasa Indonesia minggu lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Hussein Omar Khan, berkata lelaki berusia 45 tahun ialah pengarah syarikat pemilik asal kapal tangki itu, manakala seorang lelaki berusia 44 tahun merupakan ejen atau broker penjualan kapal terbabit.
Jelasnya, siasatan awal mendapati kapal tangki itu dibeli April lalu untuk dijual semula selepas kerja penambahbaikan bagi meraih keuntungan.









