Beijing: Bintang Real Madrid, Kylian Mbappe memohon maaf hari ini selepas beberapa jenama utama China menggugurkan pemain itu susulan tindakannya yang didakwa bergurau mengenai Mao Zedong dalam satu video yang tular.

Kesan lebih besar turut mula dirasai apabila media milik kerajaan, The Paper melaporkan stesen televisyen awam menggantung siaran perlawanan La Liga Sepanyol.

Kontroversi tercetus selepas sebuah video tular memaparkan Mbappe didakwa menyifatkan meme internet paling melucukan yang pernah dilihatnya sebagai gambar wajahnya yang disunting pada tubuh seorang lelaki yang dipercayainya pemimpin diktator China.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada meme yang memaparkan wajah Mbappe disunting pada gambar Mao, yang memimpin China sehingga kematiannya pada 1976.