Sencur, Slovenia: Juara perlumbaan jalan raya Olimpik 2024, Remco Evenepoel mengakui kejayaan merangkul gelaran juara Eropah membantu mengubati kekecewaannya selepas gagal memburu kejuaraan dunia awal bulan ini.

Pelumba Belgium itu memintas pelumba Itali, Giulio Ciccone di garisan penamat di Slovenia selepas kedua-duanya berada dalam kelompok pelumba elit yang mengekori juara, Brandon McNulty pada Kejohanan Dunia di Montreal, Ahad lalu.

Rakan senegara Ciccone, Christian Scaroni menduduki tempat ketiga dengan ketinggalan hampir seminit.

"Ini luar biasa. Saya fikir saya sudah menang, tetapi kita tidak pernah boleh terlalu yakin.

"Persembahan ini sebenarnya amat sukar buat saya selepas kekecewaan di Kejohanan Dunia.