PERTUMBUHAN ekonomi sering dijadikan ukuran utama kejayaan pembangunan sesebuah negara. Peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kemasukan pelaburan dan prestasi eksport lazimnya dianggap sebagai petunjuk kemajuan.
Namun, persoalan lebih mendasar ialah sejauh mana pencapaian itu benar-benar meningkatkan pendapatan rakyat, mewujudkan pekerjaan berkualiti dan mengurangkan ketidakseimbangan pembangunan antara negeri.
Persoalan inilah menjadi asas kepada gagasan Model Ekonomi Malaysia (MEM) diketengahkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar atau Dr Sam menerusi ucapan bertajuk 'SG4 Memacu Sempadan Ekonomi Baharu Malaysia: Ke Arah Model Ekonomi Malaysia yang Adil dan Makmu' sempena Forum Ekononi dan Perniagaan SG4 2026.








