KUALA LUMPUR: PSF Trading Sdn Bhd (PSF Trading) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan sijil halal milik mereka.
Dalam satu kenyataan PSF Trading yang memegang nombor pendaftaran syarikat 1154669-H), merupakan pemegang sah Sijil Pengesahan Halal (No. Sijil: MS1500 1 222-04/2019).
“Pihak syarikat baru-baru ini mendapati bahawa terdapat pihak peniaga yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan nama syarikat serta pensijilan halal tersebut tanpa kebenaran daripada pihak kami.
“Tindakan ini telah mengelirukan pengguna dan mencabuli hak serta kepentingan sah syarikat kami.








