KUALA LUMPUR: Kumpulan hospitaliti dan teknologi hartanah Malaysia, iBilik Group menyasarkan untuk memperluas rangkaian hotel di bawah kerjasama dengan Wyndham Hotels & Resorts kepada 80 hotel dalam tempoh tiga tahun, susulan perkembangan pesat kerjasama kedua-dua pihak.

iBilik Group dalam kenyataannya berkata, sebanyak tujuh hotel telah menandatangani perjanjian di bawah kerjasama berkenaan, selepas enam hotel tambahan dimeterai dalam tempoh tiga bulan sejak perjanjian awal pada 2026.

Kerjasama itu melibatkan beberapa jenama Wyndham, termasuk Microtel by Wyndham, Baymont by Wyndham dan Trademark Collection by Wyndham, bagi memenuhi keperluan pelbagai segmen pengembara.

"Sasaran pengembangan berkenaan merangkumi operasi hospitaliti sedia ada serta potensi penambahan hotel baharu, dengan pemilihan hartanah masih dalam penilaian.