PETALING JAYA – “Memang tak ada tong sampah ke Malaysia ni?” itu luahan seorang pengguna Threads yang mempersoalkan tindakan segelintir individu membuang sampah ke dalam sungai atau longkang.
Perkara itu dikongsikan pengguna Threads, @Jayj4yqt, yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap perbuatan berkenaan sehingga menimbulkan persoalan mengapa saliran air masih dijadikan tempat membuang sampah walaupun tindakan itu boleh mencemarkan alam sekitar.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak bertanggungjawab, selain bimbang sampah yang dibuang boleh menjejaskan kebersihan persekitaran.
“Ni buang hantu ni. Selalu bomoh dia cakap kena buang kat sungai atau parit yang mengalir. Bahan-bahannya buah-buahan tak apa, yang plastik tu bawalah balik,” komen tree_fnh.









