PUTRAJAYA: Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) yang bertujuan menghapuskan peruntukan mengekang kebebasan mahasiswa untuk bersuara dan berpersatuan akan dibentangkan di Parlimen pada Disember ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dipersetujui menerusi mesyuarat Jemaah Menteri semalam susulan cadangan dikemukakan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk meminda akta berkenaan.

Katanya, pindaan itu akan memberi tumpuan khusus kepada seksyen yang dilihat mengekang kebebasan mahasiswa, termasuk dalam aspek bersuara dan berpersatuan. Selain itu, Jemaah Menteri turut bersetuju supaya satu akta baharu dibangunkan bagi menggantikan AUKU sepenuhnya dalam