PELAKON Janna Nick kembali menjadi perhatian apabila ulasan makanan dikongsikannya menerusi media sosial dikritik seorang pengguna Threads.

Kali ini, bukan soal rasa makanan atau harga hidangan menjadi pertikaian, sebaliknya cara pelakon berusia 31 tahun itu memberikan ulasan ketika menikmati pengalaman menjamu selera di sebuah restoran mewah.

Individu berkenaan meluahkan rasa kurang senang apabila Janna menyifatkan penerangan mengenai hidangan sebagai sesuatu yang merimaskan.