Setia Alam: Media Prima Berhad (Media Prima) mengungguli gelanggang pickleball apabila TV3 muncul juara, manakala Harian Metro menduduki tempat ketiga bagi kedua-dua kategori beregu lelaki dan campuran pada perlawanan persahabatan sempena SUPR1M Athlete Day 2026 di 9Pickle, Setia Alam, Jumaat lalu.

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) terpaksa berpuas hati di tempat kedua bagi kedua-dua kategori berkenaan.

Perlawanan itu menjadi acara penutup siri SUPR1M Athlete Day 2026 anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Perbadanan PR1MA Malaysia (SUPR1M) yang berlangsung sepanjang Oktober.

Program berkenaan membabitkan empat kejohanan mini iaitu futsal pada 9 Oktober, tenpin boling (16 Oktober), badminton (23 Oktober) dan pickleball (Jumaat).