SHAH ALAM: Seorang nakhoda warga emas ditahan dengan sebuah bot penumpang kerana disyaki melanggar syarat pelesenan dan pengoperasian di perairan Pulau Ketam dekat Pelabuhan Klang, semalam.

Bot itu ditahan kira-kira jam 10.50 pagi pada kedudukan 0.1 batu nautika tenggara Pulau Ketam, ketika kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor melaksanakan Op Ehsan, Op Tiris 4.0 dan Op Khas Tanjung 2 Siri 1/2026.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Abdul Muhaimin Muhammad Salleh, berkata pemeriksaan awal mendapati bot berkenaan dikendalikan lelaki warga tempatan berusia 70 tahun.

Beliau berkata, lelaki berkenaan yang bertindak sebagai nakhoda, membawa penumpang dari Sungai Lima ke Pulau Ketam.