Paris: Bintang tenis dunia, Novak Djokovic berharap kemenangan gerakan pelajar Serbia dalam pilihan raya mampu menjadi permulaan baharu buat negara itu selepas menamatkan pemerintahan panjang Aleksandar Vucic.

Pada 25 Oktober lalu, selepas hampir dua tahun menyaksikan bantahan antikerajaan, senarai calon yang disokong pelajar mencipta kemenangan bersejarah dalam pilihan raya mengejut yang diadakan atas panggilan Vucic.

Keputusan itu sekali gus menamatkan penguasaan parti populis berhaluan kanan pimpinan Vucic selama 14 tahun.

Kemenangan gerakan diterajui pelajar itu adalah kemuncak kepada siri bantahan berpanjangan yang tercetus susulan tragedi runtuhan bumbung stesen kereta api di bandar Novi Sad pada 2024 sehingga mengorbankan 16 nyawa.