PADANG BESAR – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mencipta sejarah apabila menjadi universiti awam pertama negara menawarkan platform LeapSpace yang menyediakan akses kepada lebih 100 juta rekod saintifik bagi memperkasa penyelidikan dan penulisan akademik.
Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Zaliman Sauli berkata, platform berteraskan teknologi digital itu membolehkan warga universiti membuat pencarian maklumat, analisis penyelidikan, meneroka peluang dana serta menghasilkan penulisan ilmiah dengan lebih berkesan.
“Pencapaian ini mencerminkan komitmen UniMAP untuk terus meneroka pendekatan baharu dalam penyampaian perkhidmatan ilmu khususnya melalui penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI). Bagaimanapun, penggunaannya perlu dilaksanakan secara beretika dengan sentiasa mengutamakan ketepatan sumber, kesahihan maklumat dan integriti akad









