Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri hingga jam 10 pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini, memaklumkan amaran cuaca itu membabitkan Kedah (Kulim dan Bandar Baharu) dan Pulau Pinang (Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Tengah, Barat Daya dan Timor Laut).

Keadaan sama juga diramal melanda Perak (Kampar, Kinta, Kuala Kangsar, Bagan Datuk, Hulu Perak, Kerian, Larut Matang, Selama, Manjung, Perak Tengah dan Hilir Perak), Kelantan (Gua Musang) dan Terengganu (Kemaman dan Dungun).

Ia turut diramal membabitkan Pahang (Cameron Highlands), Selangor (Sabak Bernam) dan Sarawak, iaitu di Sarikei (Pakan, Julau dan Maradong), Mukah, Sibu, Kapit (Song), Samarahan, Kuching, Serian dan Sri Aman).