Putrajaya: Dalam rezeki yang dikurniakan, ada hak golongan yang memerlukan untuk ditunaikan.
Berpegang kepada prinsip itu, McDonald's Malaysia meneruskan komitmennya menunaikan kewajipan zakat dengan pembayaran RM2 juta bagi tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhan zakat yang ditunaikan sejak 2017 sebanyak RM16 juta.
Bagi syarikat yang 100 peratus dimiliki orang Islam itu, zakat bukan sekadar kewajipan agama sebaliknya sebahagian daripada tanggungjawab dalam mengusahakan perniagaan dan berkongsi rezeki dengan golongan asnaf.
Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Sumber Manusia McDonald's Malaysia, Azhar Darbi berkata pembayaran zakat tahunan itu mencerminkan komitmen syarikat dalam membantu golongan asnaf di seluruh negara.






