KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 pada bulan depan adalah peluang untuk Pakatan Harapan (PH) menilai sejauh mana pengaruh dan sokongan mereka masih bertapak di peringkat akar umbi.

Prestasi PH yang merudum pada PRN Johor dan Negeri Sembilan sebelum ini, menunjukkan cabaran dihadapi gabungan yang dianggotai PKR, DAP dan AMANAH itu, terutama dalam menarik sokongan pengundi Melayu, justeru aspek itu perlu diberikan perhatian.

Pensyarah Kanan, Komunikasi Liberal, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr A Aziz Azizam, berkata jika trend pengurangan undi dalam kalangan pengundi Melayu berterusan di Melaka, PH bakal berdepan cabaran untuk mendapatkan sokongan yang lebih meluas, terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).