PETALING JAYA – Dalang sindiket pemalsuan cap keselamatan endosmen Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang dipercayai mampu mengaut keuntungan sehingga RM15,000 sebulan berjaya ditahan dalam operasi khas di Kajang, Selangor dan Pandan Perdana, Kuala Lumpur, Selasa lalu.
Dalam operasi kira-kira pukul 11 pagi itu, pihak Imigresen menahan seorang lelaki tempatan dan dua wanita warga Thailand berusia antara 40 hingga 45 tahun yang dipercayai dalang utama serta ahli sindiket berkenaan.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, penahanan itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya hasil risikan selama sebulan.
Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati seorang daripada wanita warga Thailand itu memiliki Pas Lawatan Sosi







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F4353324342_518067.png&w=480&output=webp&q=85&we)


