ISTANBUL: Myanmar akan mengadakan pilihan raya kecil (PRK) pada 4 April 2027 bagi mengisi kekosongan kerusi di Parlimen Persekutuan dan dewan perundangan wilayah serta negeri, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik Suruhanjaya Pilihan Raya Kesatuan, semalam.
Menurut laporan Eleven Media Group yang berpangkalan di Myanmar, PRK berkenaan membabitkan 34 kerusi di Pyithu Hluttaw (Dewan Rakyat), lima kerusi di Amyotha Hluttaw (Dewan Negara), dan 16 kawasan pilihan raya bagi dewan perundangan wilayah serta negeri.
Semua kerusi berkenaan akan dipertanding menggunakan sistem undi terbanyak atau first-past-the-post (FPTP).
Proses pilihan raya sebelum ini yang berlangsung dalam tiga fasa bermula akhir Disember lalu menyaksikan kemenangan parti-parti protentera, termasuk Parti Perpaduan dan Pembangunan Kesatuan (USDP).








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Ffad2eeasdas_203900.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)