PUTERI kesayangan pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta, iaitu Aaisyah Dhia Rana, sekali lagi menjadi perhatian apabila diraikan menerusi majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-12 dalam suasana cukup meriah baru-baru ini.

Paling mencuri perhatian, dia menerima 12 biji kek dengan rekaan berbeza.

Bertemakan perlumbaan kereta, Che Ta berkata, semua yang dilakukan pada acara berkenaan adalah untuk menggembirakan puteri tunggalnya itu.

Rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan doa agar Aaisyah membesar menjadi anak yang solehah, sihat sejahtera dan mewarisi kecantikan ibunya.