MELAKA: Kempen Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kini memasuki fasa meyakinkan pengundi untuk menterjemahkan sokongan mereka kepada gabungan itu pada hari pengundian.

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari, berkata matlamat awal memperkenalkan calon gabungan itu di kesemua 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ditandingi sudah selesai dan tumpuan kini diberikan kepada usaha mendapatkan sokongan pengundi.

"Secara umumnya, calon-calon kita sudah dikenali masyarakat dan proses kedua adalah bagaimana untuk meyakinkan masyarakat supaya memberikan sokongan.

"Saya lihat calon-calon kita memang aktif mengadakan pertemuan dengan rakyat dan membangkitkan pelbagai isu.