KUALA LUMPUR: Pelakon drama kepolisan terkenal Gerak Khas 2.0, Tisha Shamsir akan melantik peguam bagi mewakilinya dalam kes dadah yang sedang dihadapinya.
Tisha atau nama sebenarnya, Shanorbiah Shamsir Alam, 40, berkata dia menyerahkan nasib sepenuhnya kepada mahkamah.
"Saya akan lantik peguam dan saya serahkan sepenuhnya kepada mahkamah untuk kes saya ini. Kita semua tunggulah, saya tidak mahu cakap banyak," katanya ketika ditemui selepas prosiding sebutan semula kes di mahkamah, hari ini.
Mengulas keadaan dirinya ketika ini, Tisha berkata, dia dalam keadaan baik sepanjang melalui proses perundangan berkenaan.










