London: Jose Mourinho kini menjadi pengurus dengan peratusan kemenangan tertinggi dalam sejarah La Liga iaitu 77 peratus, sekali gus mengatasi rekod Pep Guardiola.
Pengendali dari Portugal itu memenangi 97 daripada 126 perlawanan liga, dengan kadar kemenangan 77 peratus, manakala Guardiola memenangi 116 daripada 152 perlawanan iaitu bersamaan 76.3 peratus.
Statistik itu hanya mengambil kira pengurus yang mengendalikan sekurang-kurangnya 100 perlawanan di La Liga.
Mourinho turut mengatasi beberapa pengurus ternama lain termasuk Carlo Ancelotti (71 peratus), Xavi Hernandez (69 peratus), Zinedine Zidane (67 peratus) dan Luis Enrique (66 peratus).










