IPOH: Walaupun telah lebih satu abad sejak ditukang dan diukir, mimbar di enam buah masjid tertua di negeri ini tidak langsung menunjukkan tanda-tanda dimamah usia, menjadi bukti kecerdasan watan atau kepintaran peribumi zaman dahulu.
Mimbar-mimbar yang diperbuat daripada kayu ini; antara binaan terpenting di sesebuah masjid; adalah satu karya seni yang turut bercerita tentang tukangnya serta sejarah di sebalik.
Penemuan itu antara yang dibongkar dalam kajian yang dijalankan di bawah Projek Perundingan Mimbar Warisan Negeri Perak 2026 oleh sekumpulan penyelidik, diketuai pensyarah kanan di Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dr Harleny Abd Arif.
"Penemuan yang kita dapat tentang mimbar ini berdasarkan fakta bertulis, temu bual dengan penduduk setempat dan pelbagai sumber rujukan.









