PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan buah negeri sehingga pukul 6 petang ini.
MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan, ia melibatkan keseluruhan Perlis dan Kedah di Langkawi, Kulim, Baling, Sik, Padang Terap, Kubang Pasu, Pokok Sena, Pendang, Bandar Baharu dan Kuala Muda.
“Di Pulau Pinang melibatkan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan, manakala di Perak, adalah di Kerian, Selama, Larut Matang, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar.
“Turut terkesan adalah Kelantan (Jeli), Terengganu (Hulu Terengganu) dan Pahang (Cameron Highlands),” kata kenyataan itu.
Sementara itu, Sarawak dan Sabah juga dijangka menerima cuaca buruk sama.









