PONTIAN – Seorang ibu tunggal bimbang memikirkan masa depan anak sulungnya selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Parit Getah, Benut pada 26 Oktober lalu ketika dalam perjalanan pulang dari Bandar Benut.
Normassita Nasran, 42, berkata, nahas itu dipercayai berlaku sekitar pukul 4.15 petang berdasarkan keadaan anaknya, Muhammad Eliyyas Iskandar Alefa Nirwan Sah, 17, yang ditemukan dalam keadaan berlumuran darah dan muntah yang sudah mengering.
Katanya, kejadian itu disedari seorang lelaki yang menjual keropok lekor selepas melihat seorang remaja terbaring di tepi jalan sebelum meminta bantuan penduduk.
“Tiada siapa yang melihat kejadian itu sama ada kes langgar lari atau dia terlanggar anjing atau babi.








