KUALA LUMPUR - Institut Koperasi Malaysia (IKMa) menggariskan strategi meletakkan semula gerakan koperasi pada kedudukan lebih strategik dalam ekonomi moden menerusi pemerkasaan bakat, pendigitalan dan jaringan strategik global.Usaha itu bertujuan memastikan koperasi bukan sekadar mengekalkan peranan tradisional, sebaliknya berkembang sebagai pemacu pembangunan ekonomi, keterjaminan makanan dan ketahanan sosial.Perkara itu menjadi antara fokus utama Meja Bulat Koperasi Antarabangsa 2026 (ICR 2026) bertemakan "Empowering Talent, Advancing Sustainability and Driving Innovation in ASEAN Cooperatives" berlangsung di Hotel Seri Pacific di ibu negara pada Khamis.Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Saidatu Akhmal Hassan berkata, gerakan koperasi tempatan dan antarabangsa perlu melangkaui peranan tradisional untuk menjadi penyumbang berimpak tinggi kepada pembangunan ekonomi.Beliau berkata, selepas lebih satu abad penubuhannya, gerakan koperasi global perlu menyesuaikan diri dengan perubahan ekonomi dunia yang dipengaruhi cabaran rantaian bekalan, kecerdasan buatan (AI), persaingan pasaran dan perubahan iklim.Menurutnya, koperasi sektor pertanian perlu meneroka pasaran bernilai tinggi melalui aktiviti pemprosesan, penjenamaan dan pengedaran produk sendiri, bukan hanya bergantung kepada pengumpulan serta penjualan hasil anggota."Koperasi pengguna pula perlu menyesuaikan model perniagaan dengan perubahan tingkah laku pengguna dan perkembangan platform digital, manakala koperasi kewangan perlu terus memperkukuh perkhidmatan kewangan digital," katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada pembukaan Meja Bulat Koperasi Antarabangsa 2026 dianjurkan IKMa sempena sambutan Jubli Platinum 70 tahun penubuhannya.Majlis dihadiri Ketua Pengarah IKMa, Datuk Dr Mohd Ali Mansor dan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah, yang juga Naib Presiden ICA-AP.Saidatu Akhmal turut menekankan kepentingan kerjasama antara koperasi bagi meningkatkan keupayaan perniagaan, termasuk perkongsian logistik, pemasaran dan pengeluaran."Koperasi berskala besar boleh membantu koperasi kecil menerusi kerjasama teknikal, perolehan dan akses pasaran, selain membuka ruang kepada hubungan perniagaan serta pertukaran pengetahuan di peringkat antarabangsa," katanya.Dalam aspek pendigitalan, beliau berkata, penggunaan teknologi seperti AI, analisis data, platform digital dan automasi berpotensi membantu koperasi meningkatkan kecekapan membuat keputusan, meramal permintaan serta mengurus sumber.Bagaimanapun, penerapan teknologi perlu mengambil kira keperluan perniagaan, kemampuan kewangan dan kemahiran tenaga kerja, selain memastikan kepentingan, maklumat serta penyertaan anggota terus dilindungi.Menyentuh aspek dasar, beliau berkata, pembangunan koperasi perlu disokong melalui pendekatan bersepadu yang merangkumi pembangunan perniagaan, pembiay