KUALA LUMPUR - Menteri Digital, Gobind Singh Deo berpandangan tiada keperluan untuk Parlimen dibubarkan memandangkan Kerajaan Madani ketika ini masih berfungsi dengan baik selain negara berada dalam keadaan stabil.Beliau berkata, selain itu, ekonomi negara juga menunjukkan perkembangan positif dan terus menarik minat pelabur asing ke Malaysia."Hal itu (pembubaran Parlimen), terpulang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri yang mempunyai kuasa untuk membuat penentuan dan pada masa sekarang, Kabinet berfungsi dengan baik."Negara kita ada ekonomi yang stabil. Kita harus melihat bagaimana kita boleh membawa negara kita ke depan. Tidak perlu untuk kita bincang berkenaan dengan aspek pembubaran," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan National AI Readiness Week 2026 di sini pada Khamis.Gobind yang juga Pengerusi Kebangsaan DAP turut menyifatkan tindakan mendesak Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen sebagai sesuatu yang tidak wajar.Baru-baru ini, wujud desakan daripada pihak tertentu supaya Parlimen dibubarkan berbanding melakukan rombakan Kabinet susulan tempoh pelantikan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebagai Ahli Dewan Negara akan berakhir pada 11 Disember ini. - Bernama
Kerajaan Madani berfungsi dengan baik, tiada keperluan bubar Parlimen - Gobind

Key takeaways
Gobind Singh Deo berkata Kerajaan Madani berfungsi baik dan tidak perlu bubar Parlimen kerana ekonomi stabil dan menarik pelabur.
- Gobind menegaskan Kerajaan Madani berfungsi dengan baik.
- Ekonomi Malaysia stabil dan menarik pelabur asing.
- Tindakan mendesak pembubaran Parlimen dianggap tidak wajar.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Kerajaan negeri tiada perancangan khusus bangunkan Pulau Jerejak - Chow
- Sinar Harian Kerajaan Madani berfungsi dengan baik, tiada keperluan bubar Parlimen - Gobind (this story)









