NOOR Kumalasari, satu nama yang kekal terukir di bintang dek kecemerlangan yang diraih menerusi lakonan, nyanyian serta peragaan sepanjang era 1970-an dan 1980-an.

Sekian lama berada di puncak kegemilangan dunia hiburan, figura yang kini berusia 70 tahun itu memilih untuk mengundurkan diri demi menikmati kehidupan yang lebih tenang dan mendamaikan.

Meski berundur jauh ke belakang meninggalkan lensa glamor, segala memori dan nostalgia sepanjang bergelar anak seni kekal terpahat kemas sebagai sebahagian daripada perjalanan hidupnya.

TIADA lagi keinginan untuk berlakon, Noor Kumalasari bagaimana seronok dapat berkongsi kisah kegemilangannya kepada umum. – SYAKIR RADIN Tiada sesalan