NEW YORK: Sebanyak 53 negara dan organisasi menggesa kerajaan Israel membenarkan bantuan kemanusiaan disalurkan dengan segera dan tanpa halangan ke seluruh Semenanjung Gaza melalui semua lintasan sempadan dan laluan darat yang tersedia, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Dalam kenyataan bersama yang disampaikan Wakil Tetap Britain ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada sidang media di luar Majlis Keselamatan PBB, negara berkenaan menggesa Israel membenarkan kemasukan bekalan keperluan asas tambahan, termasuk barangan yang diklasifikasikan sebagai dwiguna, khususnya yang diperlukan untuk tempat perlindungan, bahan api, air, sanitasi dan penjagaan kesihatan bagi mengelakkan keadaan kemanusiaan dan kesihatan terus merosot.