MELAKA: Tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 yang berlangsung selama 14 hari, akan berakhir tepat jam 11.59 malam ini, sekali gus mengalihkan tumpuan kepada hari pengundian esok.
Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan bahawa seramai 675,166 pengundi biasa layak menunaikan tanggungjawab masing-masing bagi memilih wakil rakyat untuk mengisi 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Sebanyak 240 pusat mengundi biasa dengan 1,213 saluran disediakan di seluruh negeri ini, yang akan dibuka bermula jam 8 pagi hingga 6 petang.
Secara keseluruhan, seramai 687,697 pemilih berdaftar layak mengundi pada PRN kali ini, termasuk 12,531 tentera dan pasangan serta polis yang telah menunaikan tanggungjawab melalui pengundian awal pada Selasa lalu.










%2Ffile%2Fattachments%2F885%2F7c985bf627606be1cd2920a9b62da61d_965671.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)