PETALING JAYA – Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abd Halem tampil dengan gaya tersendiri apabila mengangkat imej adiwira menerusi hantaran terbaharunya di media sosial malam ini.

Menerusi perkongsian di Facebook, calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka itu memuat naik ungkapan ringkas tetapi mendapat perhatian ramai dengan lebih 5,700 tanda suka diberikan.

“Iron Man (tidak), Iron Mat (ya). Duyongkita,” tulisnya ringkas.

Perkongsian itu turut disertakan dengan tanda pagar #MelakaSayangRakyat, #DuyongKita dan #KroniHelmy yang dilihat membawa identiti kempen beliau di DUN berkenaan.