AMPANG – Seorang wanita berdepan dugaan berganda apabila bukan sahaja kehilangan anak secara mengejut, bahkan kini diuji dengan seorang lagi zuriat yang mengidap kanser tulang tahap empat hingga terpaksa melupakan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026.
Muhammad Dhiya Uddin Mohd. Najib, 17, kini hanya terbaring kaku dan tidak mampu menguruskan diri. Dia merupakan pelajar harapan SPM 2026 di SMK Sungai Kapar Indah, Klang.
Ibunya, Nurul Huda Ruslan, 43, berkata, anaknya mula rasa sakit pinggang selepas terjatuh ketika menyertai pertandingan sepak takraw antara daerah Julai tahun lalu.
Ibu tunggal itu berkata, sejak itu Muhammad Dhiya dia mula mengalami kesakitan secara ‘on off’ sebelum gurunya menyedari terdapat perubahan cara dia berjalan.








