Seorang lelaki yang dipercayai menjerut leher ibunya sehingga maut di sebuah rumah di Banting, Kuala Langat semalam direman hingga Jumaat depan.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata ujian saringan awal air kencing suspek berusia 20-an itu juga didapati positif dadah methamphetamine.

“Motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.

Semalam, Mohd Akmalrizal mengesahkan penahanan seorang lelaki berhubung kejadian seorang wanita tempatan berusia 50-an maut akibat dijerut susulan aduan diterima pada kira-kira 1 tengah hari.