KUALA LUMPUR: Proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berakhir selepas semua 240 pusat mengundi biasa dengan 1,213 saluran di seluruh negeri ditutup tepat jam 6 petang ini.
Sebanyak 60.01 peratus atau 401,618 daripada keseluruhan 669,211 pengundi berdaftar telah menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, setakat jam 3 petang.









