Kuala Lumpur : Penyedia rumusan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta pembiayaan teknologi (TechFin) yang tersenarai di Pasaran ACE, ICT Zone Asia Berhad (ICT Zone) memperluaskan segmen pengguna runcitnya menerusi pengenalan program sewaan komputer riba mampu milik, SewaJe.
Inisiatif diperkenalkan pada majlis prapelancaran SewaJe 11.11 di cawangan runcit Komputer Murah di Ampang dekat sini, baru-baru ini, menawarkan alternatif fleksibel kepada rakyat Malaysia untuk memiliki akses peranti pengkomputeran tanpa perlu menanggung kos pendahuluan yang tinggi.
Menerusi program berkenaan, pelanggan khususnya pelajar, keluarga, golongan bekerja dan perniagaan mikro berpeluang menyewa komputer riba terpakai yang dibaik pulih secara profesional pada kadar serendah RM50 sebulan dengan deposit keselamatan bermula RM200.










