Kuala Lumpur : Kumpulan teknologi perusahaan dan infrastruktur aset dunia sebenar (RWA) beroperasi di Malaysia serta Singapura, Frac Group (Frac) memeterai Perjanjian Perkongsian Strategik bersama syarikat kecerdasan buatan (AI), SuprAI Pte. Ltd. (SuprAI).

Kerjasama itu bagi membangunkan, melaksana serta mengkomersialkan penyelesaian AI, automasi dan teknologi pemasaran untuk perusahaan di rantau ini.

Perjanjian bersama anak syarikat milik penuh USP Group Limited (USP Group) yang tersenarai di Papan Utama Bursa Singapura (SGX) itu ditandatangani oleh Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Frac, Japhet Lim Wei Jie bersama Pengarah Eksekutif SuprAI, Louis Leow Yong Kin di sebuah hotel di ibu negara, baru-baru ini.