Gua Musang: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan lemas ketika mandi di kolam mini sebuah pusat rekreasi, di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira 11 pagi.
Katanya, mangsa kemudiannya dibawa dengan ambulans ke Jabatan Kecemasan Hospital Gua Musang untuk mendapatkan rawatan, bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
"Sehubungan itu, polis membuka kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya ketika dihubungi hari ini.









