GUA MUSANG – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dipercayai lemas di sebuah kolam rekreasi di sini pada Sabtu.Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 11 pagi.Menurut beliau, mangsa kemudian dibawa menaiki ambulans ke Jabatan Kecemasan Hospital Gua Musang untuk mendapatkan rawatan."Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Choon Foo berkata, kanak-kanak berkenaan dipercayai sedang beriadah bersama bapanya di lokasi rekreasi tersebut."Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti keadaan dan punca sebenar kejadian," ujarnya.Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.Dalam pada itu, beliau menasihatkan ibu bapa dan penjaga agar sentiasa memberi pengawasan rapi terhadap anak-anak, khususnya ketika berada di kolam renang, sungai atau kawasan rekreasi air."Pihak polis tidak akan membuat sebarang spekulasi sehingga semua fakta dan hasil siasatan diperoleh."Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya.
Kanak-kanak lelaki lemas di kolam rekreasi

Key takeaways
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun lemas dan meninggal dunia di kolam rekreasi Gua Musang, dikemukakan kepada hospital dan disahkan oleh pegawai perubatan.
- Kanak-kanak lapan tahun lemas di kolam rekreasi pada jam 11 pagi.
- Mereka dibawa ke Hospital Gua Musang dan kematian disahkan oleh pegawai perubatan.
- Siasatan sedang dijalankan dan pihak polis menasihatkan pengawasan rapi di kawasan rekreasi air.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- ADILA SHARINNI WAHID
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Kanak-kanak hilang ketika riadah di Gopeng ditemukan lemas
- Berita Harian Kanak-kanak 8 tahun ditemukan lemas di kolam mini
- Sinar Harian Kanak-kanak lelaki lemas di kolam rekreasi (this story)








