HANG TUAH JAYA: Barisan Nasional (BN) memperoleh majoriti mudah selepas memenangi 15 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, setakat jam 9.40 malam ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun, berkata keputusan itu membolehkan BN membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah.

Beliau berkata, berdasarkan keputusan sehingga jam 9.40 malam, BN memperoleh 15 kerusi, manakala Pakatan Harapan (PH) memenangi dua kerusi dan Perikatan Nasional (PN) satu kerusi.

"Parti Barisan Nasional (BN) memenangi sejumlah 15 kerusi dari 28 kerusi yang diperuntuk dan dengan ini berjaya memperolehi suatu majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertanding.