SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) berjaya menguasai dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menyaksikan pertembungan sesama calon wanita pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.Di DUN Pantai Kundor, calon BN, Tuminah Kadi menewaskan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr Asmah Samat dengan majoriti 2,752 undi.Tuminah memperoleh 8,864 undi manakala Dr Asmah meraih 6,112 undi.Sementara itu, di DUN Rim, calon BN, Dira Abu Zahar atau nama sebenarnya Khaidiriah Abu Zahar turut mencatat kemenangan selepas menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Esma Eazreen.Dira yang juga penyandang kerusi berkenaan memperoleh 9,847 undi berbanding 2,757 undi yang diraih Esma, sekali gus menang dengan majoriti 7,090 undi.Kedua-dua kerusi itu menyaksikan pertandingan dua penjuru yang melibatkan calon wanita daripada BN dan parti lawan masing-masing.
[TIDAK RASMI] PRN Melaka: Dua calon wanita BN menang di Pantai Kundor, Rim

Key takeaways
Barisan Nasional berjaya menguasai dua kerusi DUN Melaka iaitu Pantai Kundor dan Rim melalui kemenangan calon wanita dalam pertandingan dua penjuru.
- Tuminah Kadi menang di DUN Pantai Kundor dengan majoriti 2,752 undi menewaskan calon Bersatu.
- Dira Abu Zahar menang di DUN Rim dengan majoriti 7,090 undi menewaskan calon Pakatan Harapan.
- Kedua-dua kerusi ini menyaksikan pertembungan langsung antara calon wanita BN dan parti lawan masing-masing.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Sinar Harian [TIDAK RASMI] PRN Melaka: Dua calon wanita BN menang di Pantai Kundor, Rim (this story)






%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FBemban14_808844.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
