Komuniti permotoran kembali meriah menerusi Konvoi PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2026 yang memasuki tahun keempat penganjurannya.
Edisi kali ini mencatat penyertaan terbesar dengan menghimpunkan lebih 700 penunggang motosikal daripada pelbagai komuniti, jenama dan kapasiti enjin.
Turut menyertai konvoi ialah Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Lubricant Marketing (Malaysia) Sdn Bhd, Mohd Zameer Zahur Hussain yang bersama-sama peserta menunggang menuju ke Litar Antarabangsa Sepang.
Menurutnya kepelbagaian jenis motosikal yang menyertai konvoi membuktikan program berkenaan terbuka kepada semua peminat dua roda tanpa mengira jenama atau kapasiti enjin.








